:: selamat tengah hari semua ::
:: rasanya ini first time cik blogging time tengah hari..haha..sebabnya sekarang cik ade kat LCCT..cik tengah tunggu next flight pegi Sarawak..kampung halaman cik..perasaan cik sekarang sangat seronok..bolehlah cik merehatkan minda..badan..otak..yang sangat penat bekerja selama 4 bulan lebih ni..bolehlah cik balik rumah panjang..mandi sungai..pergi kebun..banyak benda yang cik na buat balik ni..hehe.. ::
:: balik ni..cik nak masak sedap-sedap kat rumah..hahaha..kawan pesan..jom kite diet cuti ni..adik2 pesan..kakak jangan makan banyak cuti ni..kekalkn kecomelan..tp cmne..cik da rancang nak masak banyak benda balik ni..muahaha.. ::
:: ok la..cik tak nak cakap banyak..cik doakan semoga kawan-kawan yang ade exam lagi..boleh jawab exam dengan cemerlang..doakan perjalanan cik ye kawan2..happy holiday 2 all my friend ::
Tuesday, April 20, 2010
:: masa untuk merehatkan minda ::
Posted by PuanChristina at 9:02 PM 0 comments
Tuesday, April 13, 2010
:: cik qistina ::
:: selamat petang semua ::
:: rasa dah lama sangat tak menulis kat sini..maklumlah..sejak kebelakangan ni cik busy sangat..banyak sangat kerja yang harus disiapkan..sampai cik sendiri rasa badan cik pun dah tak larat nak gerak..tapi cik gagahkn juga..demi masa depan diri sendiri kan ::
:: hujung minggu lepas dengan minggu ni..cik banyak sangat kerja2..8hb4..cik kena antar asement Heritage Management..10hb4..cik kena pergi exam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam..pukul 7 pagi cik dah keluar umah dihantar oleh hosmet cik..Nor Diana a.k.a Kak Diey..ke stesen minyak depan taman..pergi exam dengan Jeffridzal & Huda..start exam pukul 9 pagi..sampai 5 petang..rehat 1/2 jam je..penat gle..habis exam je terus balik..sampai kat rumah dalam pukul 7 malam..penat-penat..tidur sekejap je..pukul 8.30 malam keluar balik untuk discussion..balik dalam pukul 10.30 malam ::
:: 12hb4..ade exam lagi..exam Law, Ethic and Corporate Social Responsibility..open book..tapi boleh bawa 2 buku sahaja..note or slide not allowed..ade 4 soalan..semua kena jawab..masuk je dewan exam..periksa buku dulu..kot2 ade yang bawa slide..dpt je kertas soalan..semua semangat nak jawab..selak punya selak la buku tu..tak jumpa juga jawapannya..haha..last2..masa habis..tak sempat nak jawab 1 soalan..balik exam dengan perasaan kuciwa..balik exam pergi makan terus..lepas makan terus pergi bilik member untuk discussion..balik discussion dalam pukul 10.30..sampai rumah dalam puku 11..pergi beli makanan..sampai je terus makan...lepas makan konon nak tidur sekejap then bangun balik untuk buat asement..tengok-tengok..tak bangun pn..sedar-sedar je dah pukul 9.30 pagi..gila penatnya badan..smpai tak sedar alarm pun..tak jadi nak buat asement ::
:: 13hb4..bgn je dalam pukul 12.30 cik masuk campus dengan kawan-kawan..sampai je terus pergi makan..lepas makan terus pergi discussion..tempat paling sesuai ialah..bilik 24 jam Perpustakaan Sultanah Bahiyah..kteorg berkampung la dekat situ dr pukul 2 lebih sampai pukul 10.30 malam..sampai je kat rumah..tidur sekejap..bangun lak dalam pukul 1.30 pagi..cepat-cepat g mandi nak wat asement..semalam buat la asement sepanjang malam sampai pukul 8 pagi.. ::
:: 14hb4..lepas siap print semua asement..pergi kelas untuk presentation & submit asement...orang lain tengah present..cik duduk t'sengguk2 t'tidur dalam kelas..badan penat..otak penat..tak cukup tidur..semua ade..terasa badan sangat lemah.. ::
:: sekarang rasa lega sedikit sebab dah antar asement..sekarang harus fokus kat exam Heritage Management & Managerial Economic..tak sabar nak tunggu habis semua..tak sabar nak balik rumah sendiri..huhu.. ::
:: di sini ade sedikit pengajaran untuk cik sendiri dan juga untuk kawan-kawan..jangan buat kerja last minute..hehe...azam untuk semester depan..(◑‿◐).. ::
:: inilah rentetan hidup cik sepanjang minggu ni :
Posted by PuanChristina at 11:59 PM 2 comments
Thursday, April 8, 2010
:: to all my friend..i love u all ::
:: selamat malam semua ::
:: lately ni..banyak sangat masalah yang menimpa cik..kalau dikumpul, penuh satu padang bola kot..sampai cik rasa hampir putus asa..selalu cik pikir..kenapa banyak sangat dugaan yang datang dalam hidup ni..x benti lak 2..saat cik memerlukan sokongan orang yang cik sayang..cik kehilangan die..ok..forget about him..masalah yang datang ni pula di iringi oleh kerja yang banyak..sesuwai sangat..senikata lagu di iringi oleh muzik..penat-penat..nasib cik ade kawan-kawan yang sentiasa ade dengan cik time cik senang dan susah..kawan-kawan yang tak pernah tinggalkan cik walau dalam ape jua keadaan..kawan-kawan yang sentiasa ade time cik mengalirkan airmata..malah sanggup menerima apa jua keputusan dan pilihan yang cik buat asalkan cik bahagia..sangat bersyukur dan terharu mempunyai kawan seperti korang semua..::
:: disini ade sedikit kata-kata untuk renungan bersama ::
- Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.
- Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram
- Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak ikhlas menyintainya... kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita...
- Perkara yang paling kejam dalam hidup adalah kamu membuatkan seseorang menyintai dirimu sepenuh hati dan sanggup menyerahkan segala-galanya demi sebuah cinta yang suci, sedangkan kamu hanya sekadar menuturkan kata-kata cinta di bibir sahaja... meskipun lidahnya melontarkan kata-kata kemaafan, namun hatinya tidak akan memaafkan kamu sampai bila-bila lantaran hatinya yang penuh dengan kelukaan yang amat memedihkan...
- Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dijadikan alas, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dihati untuk dicintai...
Posted by PuanChristina at 10:07 AM 0 comments
Sunday, April 4, 2010
:: hati ::
:: selamat pagi semua..2.45 pagi ::
:: meh cik nak kongsi sedikit rasa hati cik ::
:: cik rasa terkesima sangat hari ni..seram sejuk badan cik bile dapat tengok dengan mata cik sendiri..pucat muka..tangan dan kaki cik..menahan sabar..sedikit marah..tapi cik xleh buat ape pun..cik mampu mengalirkan airmata sekejap..cik da penat dengan hidup ini...emmm.. ::
:: nanti cik sambung lagi..cik xde mood buat masa skrg..tata ::
Posted by PuanChristina at 11:50 AM 0 comments
Saturday, April 3, 2010
:: Tuhan sygkn kami ::
:: selamat pagi semua ::
:: cik nak kongsi sedikit cerita dengan kawan-kawan semua ::
:: tadi..dalam pukul 4 pagi..tak ade angin..tak ade ujan..bunyi orang jalan pun tak ade..tetiba ade orang bagi salam..lelaki..terkejut beruk cik..die kata motor die rosak..lepas tu boleh pula tanya jalan pegi arau..kteorg bgtaw la ikot highway depan tu je..kteorg suruh la die ketuk pintu jiran sebelah kteorg sebab kteorg tak nak buka pintu..die kata ok..tapi cik rasa..die tak keluar pun dari kawasan rumah kteorg..sebab..tak sampai 2 minit kot..die datang balik..tanya..tak menganggu ke kalau die ketuk pintu jiran-jiran kteorg..oooo..abes die ketuk pintu kteorg 2 tak ape lak ye..pas2 siap cakap mak die sakit la..adik die sakit la..tapi cik rasa..pada pandangan cik la..cara die minta pertolongan tak menggambarkan yang die sedang berada dalam kesusahan dan kecemasan..kalau die betul2 perlukan pertolongan..die tak kan tanya tak ganggu ke kalau die ketuk pintu rumah jiran kteorg..rumah student arab depan rumah kteorg pun buka lagi lampu..depan taman perumahan kteorg ni siap ade kedai makan 24 jam lagi..orang yang betul2 dalam kesusahan tak akan pikir dan buat ape yang die buat ::
:: kedudukan rumah kteorg ni betul2 kat tengah taman perumahan ni..klu die datang dari depan.taman.die akan jumpe kedai makan 24 jam..die boleh minta pertolongan dari orang kat kedai tu..kalau die dari jalan belakang taman..die akan jumpe rumah yang betul2 tepi jalan 2..rumah kteorg ni line ke 8 or ke 9 kot dari jalan belakang..dalam kesusahan..motor rosak..tapi tak kan sanggup jalan jauh nak dapatkan pertolongan kalau betul2 kecemasan..tak boleh ke ketuk pintu mana2 rumah yang terdekat untuk dapatkan pertolongan..kenapa mesti rumah kteorg??? ::
:: disebabkan sangat terkejut tadi..ditambah dengan jantung berdebar2..berdegup kencang..cik telah menangis bersama hosmet kesayangan cik..kami sangat ketakutan..nasib baik kami dikurniakan akal yang pintar..kami tidak m'buka pintu..bukan kami tidak ingin menolong..tapi dalam keadaan camni..kami harus pikir keselamatan diri sendiri..kalau la kami buka pintu tadi..cik tak dapat m'bayangkan ape yang akan terjadi pada kami..niat kami datang ke sini untuk menuntut ilmu..niat kami baik..Tuhan melindungi kami..syukur sangat..::
:: kawan-kawan..doakan kami sentiasa selamat dan dilindungi dalam perjalanan kami menuntut ilmu disini..kami berniat baik..syukur sekali lagi kami selamat ::
Posted by PuanChristina at 3:26 PM 2 comments
:: mungkin rezeki..mungkin bukan ::
:: tapi sekarang..cik bukan duduk kat Sarawak..cik duduk kat Kedah la...haiiiih...nak buat macam mane..mungkin bukan rezeki cik..2 jawatan pula tu..kawan cik suruh call orang SPA..minta tukar tempat..die kata habis master nanti pun belum tentu dapat kerja..sekarang dah ade peluang..kenapa tak nak cuba..usaha..ye..cik akan call mnta tukar hari isnin ni..thanx da bagi semangat ::
Posted by PuanChristina at 11:00 AM 2 comments
Thursday, April 1, 2010
:: malas ::
:: selamat petang semua ::
:: topic hari ni MALAS..cik pun xtaw la..kenapa la cik ni malas sangat..dari semalam lagi cik nak buat kerja cik yang berlambak lebih tinggi dari bukit tu..tapi x terbuat pun.cik makan..tido..ape nak jadi la dengan cik ni..macam mane la nak jadi anak yang cemerlang gemilang dan terbilang ni ::
:: heritage management major essay 14 april 2010 ::
:: individual assignment contemporary issue before 14 april 2010 ::
:: contemporary issue for market student (group) 14 april 2010 ::
:: final exam law, ethic and corporate social responsibility 12 april 2010 ::
:: final exam managerial economic 18 april 2010 ::
:: final exam heritage management 20 april 2010 ::
:: good luck untuk cik ::
Posted by PuanChristina at 11:53 PM 0 comments
:: november ::
NOVEMBER
- Banyak idea dalam perkara.
- Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
- Berfikiran kehadapan.
- Berfikiran unik dan bijak.
- Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
- Pemikiran yang tajam.
- Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
- Sesuai jadi seorang doktor.
- Cermat dan teliti.
- Personaliti yang dinamik.
- Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
- Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
- Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
- Terlalu degil dan keras hati.
- Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
- Tak suka marah kecuali digugat.
- Mudah ambil berat terhadap orang lain.
- Pandai muhasabah diri.
- Cara berfikir yang lain dari orang lain.
- Otak yang sangat tajam.
- Pandai mendorong diri sendiri.
- Tidak hargai pujian.
- Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
- Cuba sampai berjaya.
- Badan yang sasa.
- Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
- Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
- Suka duduk d irumah.
- Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
- Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
- Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
- Bercita-cita tinggi.
- Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
Posted by PuanChristina at 11:47 AM 0 comments
:: kekuatan ::
Posted by PuanChristina at 9:50 AM 2 comments