Friday, March 23, 2012

makanan untuk rambut sihat..~

Pemakanan juga mempengaruhi kesihatan rambut. Setiap sel rambut yang tumbuh bergantung kepada nutrisi yang kita makan.berikut merupakan makanan-makanan yang baik untuk pertumbuhan rambut yang sihat:
  • Ikan salmOn : Kandungan Omega 3, vitamin B-12 dan zat besi bermanfaat untuk kesihatan kulit kepala.
  • Sayur-sayuran berwarna hijau tua : Bayam, brOkoli, adalah sumber terbaik untuk vitamin A, C, zat besi dan kalsium. Ianya  diperlukan untuk menghasilkan sebum iaitu minyak yang dihasilkan oleh fOlikel rambut yang berfungsi sebagai pelembap rambut secara semulajadi.
  • Buah segar : Tembikai, pisang, limau, epal dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh nutrisi penting untuk mengurangkan keguguran rambut.
  • Kacang buncis : Mengandungi banyak prOtein untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut tetapi juga mengandungi zat besi, zink dan biOtin. Kekurangan biOtin menyebabkan rambut mudah rOsak.
  • Kekacang : Bagi mendapatkan rambut yang cantik berkilau, makanlah banyak kekacang. ContOhnya badam yang mengandungi asam alpha-linOlenic iaitu asam lemak Omega 3 yang bOleh membantu melembapkan rambut. Kekurangan zink bOleh menyebabka rambut mudah gugur.
  • Telur : Merupakan sumber prOtein yang baik untuk mendapatkan rambut yang sihat. Kekurangan atau rendahnya prOtein dalam tubuh bOleh menyebabkan rambut tidak kuat dan warna rambut  jadi pudar.
  • Bijirin : Roti gandum dan bijirin merupakan sarapan pagi yang baik untuk mendapatkan rambut yang sihat. Bijirin dan gandum mengandungi zat besi, zink dan vitamin B.
  • PrOduk susu rendah lemak : PrOduk susu rendah lemak seperti yOgurt merupakan sumber kalsium yang baik. Kalsium penting untuk pertumbuhan rambut.
  • Makanan laut : Kandungan zink dalam makanan laut seperti kerang dan udang bOleh membantu mencegah rambut gugur dan memperkuat akar rambut. 
sumber: incik gOogle..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...