Friday, November 18, 2011

jOdoh..ajal dan maut..ditangan Tuhan..~

" jOdoh ditangan Tuhan.."
"bukan saya tak nak kahwin..tapi tak ada jOdoh lagi.."

memang diakui yang jOdoh dan pertemuan itu adalah di tangan Tuhan
tetapi..jangan kerana jOdoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan, kita tidak berusaha..
Tuhan telah menetapkan jOdoh untuk setiap hambaNya..
tetapi kita kena berusaha..
Tuhan tahu yang terbaik untuk hambaNya..
Tuhan sentiasa memberi kita petunjuk..
cuma kita kadang-kadang tidak menyedarinya..
kadang-kadang mak ayah yang mencari jOdoh untuk anak-anak..
mak ayah mesti inginkan yang terbaik untuk anak-anak..

"Tuhan..seandainya dia memang jOdoh saya..dekatkanlah hati saya dengan hati dia..tetapi..seandainya dia bukan jOdoh saya..jauhkanlah dia dari saya..supaya tidak ada hati yang terluka"

"kita hanya mampu merancang..tetapi Tuhan yang menentukan..ajal..maut..bila-bila masa sahaja Tuhan bOleh mengambil nyawa kita.."

saya pernah ada pengalaman..lama sangat..hampir 6 tahun dah berlaku..tapi smpai sekarang saya ingat..
kejadian ini berlaku semasa saya ambik degree..masa tu..saya dan kawan-kawan on the way nak pergi padang besar (perlis)..kami pergi dua buah kereta..kereta yang satu dipandu oleh kawan lelaki..kereta yang saya naiki dipandu oleh kawan perempuan..kami naik 4 orang sahaja..kereta kancil..masa tu saya duduk depan..di pertengahan jalan..kami ada singgah membeli pisang gOreng..

lepas membeli pisang gOreng..kawan tegur saya.."chris..kenapa kO tak pakai seat belt?"..tanpa banyak tanya..saya terus pakai..sampai di suatu tempat..tanpa disangka-sangka..sebuah lOri muncul dari arah bertentangan..betul-betul berhadapan dengan kancil yang kami naiki..untuk mengelak bertembung dengan lOri..kereta kami telah terbabas ke bawah bukit..berguling banyak kali..macam dalam mesin basuh..makcik yang tengOk kejadian tu berkata.."makcik tengOk kereta terbang tadi"..

kOrang bOleh bayangkan kan?..bila tengOk lOri depan mata..saya tergamam..pejam mata..saya tak sedar apa yang berlaku selepas tu..bila saya buka mata..sedar-sedar saya duduk atas bumbung kereta (dalam kereta)..kereta terbalik..tayar dah ke atas..saya tengOk kiri kanan..kawan-kawan saya masih pengsan..saya tengOk ke luar..ada yang menghulurkan tangan untuk membantu kami keluar dari kereta..baru saya sedar..yang kami sebenarnya pengsan..keluar dari kereta..saya masih tak ada perasaan..sebab terkejut sangat..saya pegang kawan saya..saya menangis..baru saya sedar yang saya masih hidup..

orang yang berhenti untuk melihat kejadian ini bertanya.."teruknya kereta ni..mangsa kemalangan dah dihantar ke hOspital ke?"..dengan selamba saya menjawab.."kami yang eksiden makcik"..makcik tu buat muka hairan.."macam mana kamu semua bOleh selamat sedangkan kereta ni rOsak teruk?"..saya tak bOleh jawab sOalan itu..sebab saya sendiri pelik..kami tidak ada yang luka parah..saya hanya terluka sedikit di ibu jari kaki..kawan-kawan saya pun sama..kami pergi ke pusat perubatan universiti pun orang hairan bila kami bagitahu yang kami eksiden..MA tu tengOk saya dari atas sampai bawah..tak percaya yang kami eksiden..lupa..saya pergi pusat perubatan kerana merasa sedikit sakit pada bahagian leher..maybe disebabkan berguling banyak kali..

hampir bertahun saya trauma..bila ingat kembali kejadian itu..saya tahu..Tuhan masih sayangkan saya dan kawan-kawan saya..Tuhan memberi kami peluang untuk menjadi Orang yang lebih baik..terima kasih Tuhan..saya akan mencuba untuk menjadi hambaMu yang baik..

seandainya saya ditakdirkan mati esOk..saya ingin meminta maaf kepada semua yang mengenali saya..seandainya saya ada terkasar bahasa..atau ada perkataan saya yang membuat orang terluka..tanpa saya sedari..tOlong maafkan saya..dan saya nak semua tahu..saya sangat sayangkan keluarga saya..kawan-kawan saya..dan orang-Orang disekeliling saya..=)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...