Thursday, June 30, 2011

aktiviti cik christina sambil tanam anggur..=D

best pula rasa tajuk entry tu..haha
aktiviti cik christina sambil tanam anggur..
kalau anggur tu berbuah tak ape juga..
ni langsung tak berbuah..haha

sementara menunggu anggur berbuah..
saya ade aktiviti baru taw..
mencuba resepi..
resepi sendiri..
dan juga resepi orang lain..

bahan-bahan nak buat kek (resepi cik christina)

tepung gandum - 2 gelas
gula - 1 gelas
marjerin - 1 gelas
telur - 6 biji
serbuk penaik - 1/4 sudu teh kecil

cara-cara nak buat:

1) adun telur sehingga kembang
2) masukkn gula, marjerin dan telur yang dah di adun hingga kembang
3) adun bahan-bahan tadi sehingga gula jadi hancur
4) selepas itu, masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan adun sehingga rata
5) masukkan dalam bekas dan bakar selama 45 minit..

* kalau nak perasa, macam cOkelat ke..bOleh tambahkan perasa semasa membuat adunan terakhir..nak tambah pewarna pun bOleh..

resipi talam jagung (yang ni saya tengOk kat majalah)

lapisan atas:

1 cawan tepung gandum
2 sudu tepung jagung
1 cawan jagung tin (yang hancur)
1/2 cawan santan
secubit garam
1 biji telur

lapisan bawah:

1 cawan tepung gandum
2 sudu tepung jagung
1/2 cawan gula
1/2 cawan santan
secubit garam
1 biji telur
11/2 cawan air pandan

1) campurkan semua bahan untuk lapisan atas
2) campurkan semua bahan untuk lapisan bawah

* untuk buat talam jagung tak payah bakar..tapi kukus..tuang adunan lapisan bawah dalam bekas lOyang..selepas masak tuangkan pula adunan untuk lapisan atas..macam baut kek lapis..hehe

puding jagung (resepi dari kawan)

1 cawan tepung castard
4 cawan air
1 tin jagung krim
gula secukup rasa

1) masukkan air, tepung castard dan gula secukup rasa.
2) kacau sehingga mendidih
3) masukkan jagung krim..kacau sehingga rata

untuk kuah puding:

1 tin susu cair
gula secukup rasa
secawan air putih

baiklah kawan-kawan..ni je resepi yang cik christina bOleh kOngsi..nanti cik christina bagi lagi ye..selepas cik christina menuntut ilmu..hihi..kalau kOrang ade resepi jOm la kOngsi-kOngsi..(",)


sekadar gambar hiasan..hahaha


ini sebelum dicampur dengan tepung..cuma adunan marjerin, gula dan telur..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...