Wednesday, February 8, 2012

thanks GOD..~

saya rasa sayalah manusia paling bertuah di dalam dunia ni..
sebab...
saya dapat rasa semua orang disekeliling saya menyayangi saya..♥
saya ada keluarga yang memahami saya..
saya ada saudara mara yang sentiasa mengambil berat pasal kehidupan saya..
saya ada kawan-kawan yang sentiasa ada semasa saya senang dan susah..
setiap masa mereka semua sentiasa ada..
tak kira semasa saya memerlukan or tak..


happy birthday buat ayah (48) & mak (43)..♥


my new family...♥


sayang-sayang saya..sentiasa ada..♥


sayang-sayang yang banyak membantu saya meneruskan perjuangan..♥


kawan dan penasihat terbaik..♥


berpisah..bertemu kembali..ikatan persahabatan tak akan putus..♥


3 adik beradik..lain mak..lain ayah..satu je sama..suka bergambar...hahaha..♥

terima kasih Tuhan 
kerana memberi saya kehidupan ini..
wajah ini..
anugerah ini..
saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang..
lOve yOu GOD..♥♥♥




Wednesday, February 1, 2012

love..♥

1st of February...sakit..
sakit pertama untuk tahun 2012..
yang buat sedih..sebab saya jauh dari family..
tadi mak call..tanya kenapa tak bagi tahu dia yang saya  sakit..
saya bukan tak nak bagi tahu..
saya cuma tak nak mak risau..
selagi saya rasa saya bOleh jaga diri..
saya tak nak susahkan mak dan ayah saya..
dah la rumah saya dari rumah mereka jauh..
time sakit ni..kita bOleh tahu siapa yang ambik berat kat kita..
semOga diri sendiri cepat sembuh..=)
 kOleksi..muahahaha...*_*








Tuesday, January 17, 2012

hargai hidup..~

hye kawan-kawan..
lama sangat dah tak update blOg..
bukan sebab busy..tapi tak ada masa..
ehhh..tak ke sama tu..hehe..
sekarang kita dah masuk tahun baru..tahun 2012..
apa wish kOrang untuk tahun 2012?..
saya harap..tahun ini saya dapat kerja..
dan..sekarang saya dah dapat kerja..
walaupun bukan kerja yang saya inginkan..
saya tetap bersyukur..
sebab saya dah dapat kerja..
saya ada azam lain lagi..
saya nak balas jasa mak ayah saya..nak bahagiakan mereka..
satu lagi..saya nak kahwin..(mOod: gatal)..haha

semOga pada tahun baru ini..
kita dikurniakan hidup yang lebih baik..
rezeki yang bertambah..
dan yang penting..kita haruslah menghargai hidup kita..
menghargai orang disekeliling kita..
lOve u all..(",)







Saturday, January 14, 2012

Hafiz & Adira - Ombak Rindu Lirik [HD/HQ] (OST Ombak Rindu)

Friday, November 18, 2011

jOdoh..ajal dan maut..ditangan Tuhan..~

" jOdoh ditangan Tuhan.."
"bukan saya tak nak kahwin..tapi tak ada jOdoh lagi.."

memang diakui yang jOdoh dan pertemuan itu adalah di tangan Tuhan
tetapi..jangan kerana jOdoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan, kita tidak berusaha..
Tuhan telah menetapkan jOdoh untuk setiap hambaNya..
tetapi kita kena berusaha..
Tuhan tahu yang terbaik untuk hambaNya..
Tuhan sentiasa memberi kita petunjuk..
cuma kita kadang-kadang tidak menyedarinya..
kadang-kadang mak ayah yang mencari jOdoh untuk anak-anak..
mak ayah mesti inginkan yang terbaik untuk anak-anak..

"Tuhan..seandainya dia memang jOdoh saya..dekatkanlah hati saya dengan hati dia..tetapi..seandainya dia bukan jOdoh saya..jauhkanlah dia dari saya..supaya tidak ada hati yang terluka"

"kita hanya mampu merancang..tetapi Tuhan yang menentukan..ajal..maut..bila-bila masa sahaja Tuhan bOleh mengambil nyawa kita.."

saya pernah ada pengalaman..lama sangat..hampir 6 tahun dah berlaku..tapi smpai sekarang saya ingat..
kejadian ini berlaku semasa saya ambik degree..masa tu..saya dan kawan-kawan on the way nak pergi padang besar (perlis)..kami pergi dua buah kereta..kereta yang satu dipandu oleh kawan lelaki..kereta yang saya naiki dipandu oleh kawan perempuan..kami naik 4 orang sahaja..kereta kancil..masa tu saya duduk depan..di pertengahan jalan..kami ada singgah membeli pisang gOreng..

lepas membeli pisang gOreng..kawan tegur saya.."chris..kenapa kO tak pakai seat belt?"..tanpa banyak tanya..saya terus pakai..sampai di suatu tempat..tanpa disangka-sangka..sebuah lOri muncul dari arah bertentangan..betul-betul berhadapan dengan kancil yang kami naiki..untuk mengelak bertembung dengan lOri..kereta kami telah terbabas ke bawah bukit..berguling banyak kali..macam dalam mesin basuh..makcik yang tengOk kejadian tu berkata.."makcik tengOk kereta terbang tadi"..

kOrang bOleh bayangkan kan?..bila tengOk lOri depan mata..saya tergamam..pejam mata..saya tak sedar apa yang berlaku selepas tu..bila saya buka mata..sedar-sedar saya duduk atas bumbung kereta (dalam kereta)..kereta terbalik..tayar dah ke atas..saya tengOk kiri kanan..kawan-kawan saya masih pengsan..saya tengOk ke luar..ada yang menghulurkan tangan untuk membantu kami keluar dari kereta..baru saya sedar..yang kami sebenarnya pengsan..keluar dari kereta..saya masih tak ada perasaan..sebab terkejut sangat..saya pegang kawan saya..saya menangis..baru saya sedar yang saya masih hidup..

orang yang berhenti untuk melihat kejadian ini bertanya.."teruknya kereta ni..mangsa kemalangan dah dihantar ke hOspital ke?"..dengan selamba saya menjawab.."kami yang eksiden makcik"..makcik tu buat muka hairan.."macam mana kamu semua bOleh selamat sedangkan kereta ni rOsak teruk?"..saya tak bOleh jawab sOalan itu..sebab saya sendiri pelik..kami tidak ada yang luka parah..saya hanya terluka sedikit di ibu jari kaki..kawan-kawan saya pun sama..kami pergi ke pusat perubatan universiti pun orang hairan bila kami bagitahu yang kami eksiden..MA tu tengOk saya dari atas sampai bawah..tak percaya yang kami eksiden..lupa..saya pergi pusat perubatan kerana merasa sedikit sakit pada bahagian leher..maybe disebabkan berguling banyak kali..

hampir bertahun saya trauma..bila ingat kembali kejadian itu..saya tahu..Tuhan masih sayangkan saya dan kawan-kawan saya..Tuhan memberi kami peluang untuk menjadi Orang yang lebih baik..terima kasih Tuhan..saya akan mencuba untuk menjadi hambaMu yang baik..

seandainya saya ditakdirkan mati esOk..saya ingin meminta maaf kepada semua yang mengenali saya..seandainya saya ada terkasar bahasa..atau ada perkataan saya yang membuat orang terluka..tanpa saya sedari..tOlong maafkan saya..dan saya nak semua tahu..saya sangat sayangkan keluarga saya..kawan-kawan saya..dan orang-Orang disekeliling saya..=)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...